“No Comment, Biarlah Peguam Saya Yang Beri Kenyatan” – Hafiz AF7

Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang melibatkan dirinya dan seorang bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro, Nur Haniza Mohd Azhar, 25.

“Saya tidak mahu komen kerana bimbang sekiranya saya tersalah cakap, ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada saya,” kata Hafiz ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini.

Namun kata Hafiz, dia hanya mendapat tahu mengenai perkara ini menerusi media dan pihak pengurusannya.

“Pihak pengurusan memaklumkan mengenai hal ini kepada saya sebaik saja saya pulang dari Indonesia. Saya memang terkejut dengan apa yang berlaku,” kata Hafiz.

Tambahnya lagi, kes ini sudah melibatkan mahkamah dan lebih baik sekiranya peguam dan pihak pegurusannya yang memberi sebarang kenyataan.

Nur Haniza, menuntut ganti rugi lebih RM200,000 terhadap Hafiz dan mendakwa penyanyi itu bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh setelah dia menolak secara baik pelawaan Hafiz untuk berjumpa seketika kerana ada tugasan yang harus diselesaikan.

Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Hafiz menafikan ada mencederakannya.
Namun Hafiz yang nampak begitu tenang ketika ditemui, menyatakan dia tidak menafikan dan tidak juga mengiakan mengenai insiden yang berlaku.

KB Shouts : Hmm….no komen jugaklah!

Sumber : Gua

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a comment