Datuk Siti Sudah Lama Berbaik Dengan Bekas Isteri Dato’ K

Siti Nurhaliza dan Datin Tengku Zawiyah

Umum sedia maklum, sebelum penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza bernikah dengan pasangannya Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K, Datuk K sudahpun mempunyai isteri iaitu Datin Tengku Zawiyah.

Sempena Hari Raya Aidilfitri Khamis lalu, terlihat sekeping gambar yang dimuatnaik oleh akaun Instagram anak kepada Datuk K dan Datin Zawiyah iaitu Asyraf memperlihatkan kemesraan antara Datuk Siti dan Datin Tengku Zawiyah. Ramai yang menganggap hubungan mereka kini sudah pun baik selepas dikhabarkan tegang sejak beberapa tahun sebelum ini.

Datuk Siti Nurhaliza yang diminta memberi komen berkenaan hubungannya dan Datin Tengku Zawiyah, beliau mengakui bahawa mereka sudah berbaik dan berharap agar para peminat tidak memberikan persepsi negatif lagi.

“Gambar itu diambil Asyraf ketika Siti beraya di rumah abang Tengku Zawiyah di Kuala Lumpur, pada hari raya pertama. Suami Siti (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) nak menziarah bekas emak mentuanya yang memang berkumpul di sana. Siti pun sudah beberapa kali bertemu dengannya (emak Tengku Zawiyah).”

“Hubungan kami memang baik dan mungkin disebabkan gambar itu baru saja tersiar menyebabkan ramai yang menyangkakan kami baru saja berbaik.” jelas Datuk Siti.

KB Shouts : gaduh lama-lama pun tak elok jugak kan
Sumber : ohartis

Advertisements

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s