Antara Datuk Siti Nurhaliza, David Foster, Bruno Mars dan Sean Kingston

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merancang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal Amerika Syarikat iaitu David Foster dan pasukan penulis lagu penyanyi, Bruno Mars iaitu The Smeezingtons untuk album Inggeris keduanya.

Beliau berhasrat untuk mendapatkan khidmat komposer dan penyanyi terkenal itu kerana menggemari lagu ciptaan mereka selain memberitahu album berkenaan dirancang untuk diterbitkan bagi pasaran antarabangsa.

“Album kedua itu masih lagi dalam peringkat perbincangan malah masih belum ada apa-apa persetujuan daripada pihak mereka lagi.

“Bagaimanapun jika hasrat itu dapat dilaksanakan ia akan menjadi satu batu loncatan untuk saya mengembangkan karier di peringkat antarabangsa,” ujarnya kepada kami.

Siti ditemui selepas menjadi tetamu segmen Ceria Pagi di Suria terbutan Suria FM di sini pada Khamis bagi mempromosikan single terbarunya, Remember You yang dimuatkan dalam album Inggeris pertama milik beliau berjudul All Your Love.

Siti bagaimanapun berkata, anak tirinya, Adib Khalid yang juga Pengarah Urusan syarikat What’s Up Entertainment telah pun berkunjung ke Los Angeles, Amerika Syarikat semasa Anugerah Grammy baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan dengan wakil komposer dan penyanyi itu.

“Harap-harap apa yang dirancang akan menjadi kerana bukan senang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal seperti David Foster,” katanya.

Dalam pada itu, Siti turut berkongsi khabar gembira apabila album Inggeris sulungnya telah pun terjual sebanyak 40,000 unit sejak ia dilancarkan pada September tahun lalu dan 30,000 secara digital menerusi single pertama, Falling In Love.

Siti memberitahu, beliau juga memilih Remember Me sebagai single keduanya kerana lagu tersebut turut menampilkan penyanyi antarabangsa iaitu Sean Kingston selain muziknya yang senang ditangkap oleh pendengar.

“Sayang rasanya jika lagu itu tidak dikeluarkan sebagai single kerana ia turut menampilkan Sean Kingston tambahan pula ia mendapat perhatian daripada peminat,” ujarnya.

Pihaknya juga kata Siti berharap dapat menghasilkan video muzik bersama penyanyi itu untuk tatapan peminat. Bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada ia dapat direalisasikan atau tidak kerana jarak dan jadual mereka yang berbeza.

“Sudah tentu saya ingin hasilkan video muzik untuk lagu itu tetapi jarak antara saya dan Sean mungkin menyukarkan proses penggambaran itu nanti.

“Bagaimanapun jika tidak dapat Sean kita mungkin akan buat cara lain,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Siti memberitahu, All Your Love dijangka memasuki pasaran di negara Singapura dan Indonesia selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini.

Ujar Siti, pihaknya sedang berusaha bagi memastikan semua peminat di negara berkenaan dapat memiliki album itu secepat mungkin.

Sumber: mStar Online

Advertisements

About kotakberbunyi

Kami merupakan portal berita hiburan tanahair. LIKE Kotak Berbunyi, dan sebarkan Kotak Berbunyi. Moga-moga anda dapat manfaat dari cerita yang kami cuba sampaikan kepada anda semua. p/s: Cerita kami adalah PERCUMA, tiada bayaran. Kalau anda rasa bagus, kami hanya pinta anda SHARE page ini bersama rakan-rakan anda! -KotakBerbunyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s